TENTANG SAPWeb

SAPWeb merupakan salah satu sistem sokongan kewangan bagi membolehkan pengguna menyemak penyata gaji, penyata pinjaman, borang EC dan juga penyata pembayaran. Pengguna SAPWeb adalah perseorangan yang terdiri daripada staf dan juga pengguna luaran (e.g. pembantu penyelidik). Portal ini telah ditambahbaik pada tahun 2023 selaras dengan keperluan semasa.


TITIK TOLAK KEPADA PERUBAHAN

Faktor utama yang mendorong perubahan ini adalah disebabkan oleh perubahan teknologi dan proses. Portal semasa memerlukan banyak penambahbaikan, penyelenggaraan dan sokongan. Pelaksanaan ini dijangka memberi manfaat kepada universiti seperti berikut:
 

AUTOMASI PROSES


Automasi proses mengurangkan bantuan manusia seminimumnya melalui teknologi maklumat. Ianya menyokong aliran kerja yang kuat dan menghapuskan proses yang tidak perlu atau tidak cekap.

MENINGKATKAN PENGGUNAAN


Platform ini menyediakan antara muka yang mudah dan intuitif untuk digunakan dan boleh diakses dengan mudah pada bila-bila masa dan tempat. Selain itu, data yang disimpan dalam portal adalah lebih lengkap dan lebih berkualiti.

PEMBANGUNAN SECARA DALAMAN


Sistem ini dibangunkan berdasarkan rules-engine yang membenarkan kakitangan bukan teknikal melaksanakan konfigurasi sistem secara dalaman (termasuk antara muka). Ini akan membenarkan pembangunan secara dalaman dan mengurangkan kebergantungan kepada pihak teknikal.


HUBUNGI KAMI

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan Portal SAPWeb boleh dibuat melalui Portal Helpdesk UM (https://helpdesk.um.edu.my) atau pengguna boleh berhubung terus dengan pihak yang terlibat seperti berikut:

Urusan Penggajian (Staf)
Bahagian Pengurusan Insan

Jabatan Sumber Manusia
Aras 6, Bangunan Canseleri
Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur
 +603-7967 3526
 htm_payroll-list@um.edu.my

Urusan Penggajian (Pembantu/ Penolong Penyelidik)
Institut Pengurusan & Perkhidmatan Penyelidikan
Kompleks Pengurusan Penyelidikan & Inovasi
Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur
 +603-7967 4525/4643
 rars@um.edu.my
 https://ra-recruitment.um.edu.my/

Urusan Pembayaran & Pinjaman Staf
Seksyen Pembayaran
Bahagian Perkhidmatan Kewangan 
Jabatan Bendahari
Aras 2, Bangunan Canseleri
Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur
 +603-7967 3403
 bursar_payment@um.edu.my
https://bendahari.um.edu.my/

Urusan Teknikal
Seksyen Sistem Kewangan
Bahagian Perkhidmatan Kewangan 
Jabatan Bendahari
Aras 2, Bangunan Canseleri
Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur
 +603-7967 3433
 bursar_system@um.edu.my
 https://bendahari.um.edu.my/